Panduan Motivasi Cinta Menurut Islam
Siapa sangka kita akan bertemu jodoh dengan seseorang yang sebelum ini tidak pernah dikenali. Malah, dalam sekelip mata si dia sudah menjadi isteri kita. Itulah
dinamakan jodoh yang Allah s.w.t kurniakan kepada seseorang. Zaman
datuk nenek moyang kita, kebanyakannya menyerahkan kepada ibu bapa untuk
memilih jodoh, tiada istilah bercinta atau mengurat.
Berbeza
kini, zaman siber memberi pilihan kepada anak-anak memilih pasangan
sendiri. Pasti setiap pasangan ada cerita menarik detik awal perkenalan
sehingga diijabkabulkan.
Jika menuntut di menara gading, pastinya banyak kenangan manis bagi pasangan bertemu jodoh. Ada yang bermula dengan meminjam nota pelajaran sehingga menerbitkan perasaan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Ada
sebahagian yang 'kuat' jodohnya sejak zaman persekolahan, walaupun
banyak pilihan di kampus, si dia tetap menjadi pasangan ke jenjang
pelamin.
Begitulah
hebat tarikan kasih sayang antara lelaki dan wanita. Setiap pertemuan
itu pastinya daripada 'mukadimah' cinta iaitu mengurat.
Tetapi, apakah Islam membenarkan umatnya melakukan perbuatan mengurat?
Cinta itu sebagai permulaan (mukadimah) kepada perkahwinan. Tidak menjadi kesalahan mengurat jika ia membawa kepada kebaikan.
Contohnya,
seorang lelaki mahu menyampaikan hasrat hatinya terhadap wanita yang
dirasakan layak menjadi teman hidupnya, seni mengurat perlu ada.
Tetapi,
dari sudut berbeza, mengurat mungkin membawa keburukan jika berlaku
perkara yang bertentangan dengan agama iaitu perzinaan.
Akibat berzina amat buruk kerana melanggar hukum Allah. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat". (Surah al-Israak ayat 32)
Justeru,
apabila keluar dari rumah, agama menyuruh kita menutup aurat selain
memelihara diri daripada keghairahan seks yang boleh membawa kepada
zina.
Islam
tidak menyekat fitrah manusia untuk sayang menyayangi, cuma kita
dilarang jika bibit-bibit kasih sayang itu membawa kepada kemaksiatan. Islam
tidak pernah menghalang memikat atau mengurat, tetapi perlu ada seninya
dan tidak melanggar batas kesusilaan antara lelaki dan wanita.
Jika
seorang lelaki itu berminat terhadap seorang wanita dan mahu menjadikan
teman hidup, mereka perlu berjumpa dengan wali untuk meminang. Menjadi satu kesilapan jika terus bertemu wanita pilihannya tanpa bertemu ibu bapanya.
Kita
dianjurkan mendirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan
keputusan yang ada atau petunjuk membuat keputusan yang belum ada. Mereka
yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja
mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi
meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.
Selepas
keputusan dibuat, teguh kan azam dan terus bertawakal sebelum
menguruskan lamaran dengan memilih wakil yang baik untuk meminang. Jika
bersedia, bawalah keluarga berjumpa dengan wali perempuan untuk
mengenali calon menantu serta menyatakan hasrat dengan lebih jelas. Selepas
kedua-duanya bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan. Selepas
bertunang, haram bagi seorang wanita itu dipinang lelaki lain.
Sepanjang
masa pertunangan, mereka boleh mengenali di antara satu sama lain.
Ketika itu barulah dapat dirasakan keserasian sebelum majlis
perkahwinan. Sentiasa beringat bahawa bertunang bukan 'lesen' melakukan perbuatan maksiat kerana mereka belum sah sebagai suami isteri. Ini bagi memelihara zuriat yang bakal lahir nanti. Inilah indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup umatnya.
Percintaan
dalam Islam ialah hubungan cinta yang disuburkan selepas perkahwinan
sehingga ke akhirnya. Tanda sebuah perkahwinan itu dizahirkan melalui
hubungan suami isteri diisi penuh tanggungjawab dan kasih sayang,
membentuk anak yang soleh dan solehah serta taat kepada perintah Allah. Jadi berdoalah untuk mendapatkan keredaan Allah semata-mata dan tidak sesekali berdasarkan godaan nafsu dan keduniaan.
Jika masih 'berat' bertemu jodoh, jangan bersangka buruk kepada Allah. Ini pastinya satu ujian yang mengandungi 1001 hikmah. Barangkali
Allah mahu selamatkan mereka daripada mendapat pasangan tidak sesuai.
Tetapi, usaha perlu dipertingkatkan agar Allah permudahkan urusan kita. Jangan membuat keputusan tidak berkahwin selama-lamanya kerana ia bertentangan dengan fitrah dan syariat agama.
Nabi Muhammad s.a.w memberi panduan melamar seorang wanita adalah dengan melihat calon mengikut aturan yang ditetapkan syarak.
Daripada
Anas bin Malik, beliau berkata, Mughirah bin Syu'bah berkeinginan untuk
menikahi seorang perempuan. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: "Pergilah
untuk melihat perempuan itu kerana dengan melihat itu akan memberikan
jalan untuk dapat lebih membina kerukunan antara kamu berdua".
Lalu
dia melihatnya, kemudian menikahi perempuan itu dan dia menceritakan
kerukunannya dengan perempuan itu. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Sebelum
berkahwin pasangan diharuskan melihat dan berkenalan. Menurut riwayat
Muslim daripada Abu Hurairah bahawa Nabi pernah bertanya kepada
seseorang yang akan menikahi seorang wanita: "Apakah engkau telah melihatnya?" Ia menjawab: "Belum:. Baginda bersabda: "Pergi dan lihatlah dia".
Meskipun
sudah berkenalan, seseorang itu dilarang berpacaran berdasarkan ayat
al-Quran yang menegah daripada berlakunya perzinaan. Berpacaran
bukanlah perkara yang tepat bagi mengenal pasangan. Mereka boleh
mendapat maklumat daripada orang paling rapat dengannya seperti sahabat
baiknya. Minta
penilaian daripada orang tua dan keluarga sebab mereka yang 'jatuh
cinta' tidak melihat kekurangan pasangannya, bau busuk pun dikatakan
wangi.
Jangan sesekali mengambil kesempatan terhadap pasangan walaupun mereka memberi isyarat berminat kepada kita. Berikan
pujian dengan ikhlas dan jujur terhadap sikap serta personaliti mereka.
Jadikan mereka mempercayai kepada keikhlasan kita supaya mereka dapat
berkongsi suka duka atau luahan emosi.
Janganlah
bersikap keterlaluan sehingga menimbulkan pergaduhan atau rasa tidak
senang kepada pasangan. Berusahalah untuk mencuci hati daripada perasaan
negatif.
Untuk
menjadikan semua orang di sekeliling kita berasa senang dan sayang
kepada kita, bersihkan hati dengan menjaga ibadah seperti solat, membaca
al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf jika melakukan kesalahan,
banyakkan bersedekah dan sentiasa memikirkan hal yang positif.
Dilahirkan
sebagai lelaki, kita perlu banyak belajar mengenal kerenah wanita
terutama menjaga perasaan, kehendak, pemikiran dan kesukaan mereka.
Cuba
elakkan mencari kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal
pasangan. Apatah lagi bertindak mengutuk atau memalukan mereka. Pasangan pastinya akan tertarik kepada kita jika kita mengasihinya bukan kerana harta, wajah atau keturunannya. Cari ruang untuk sentiasa mewujudkan suasana yang gembira yang dalamnya ada terselit kisah lucu.
Apa
yang paling penting, carilah pasangan yang sekufu, setara dan sepadan
dengan kita. Kehidupan yang dilalui adalah 'medan' untuk terus
memperbaiki diri dan belajar sesuatu perkara yang baru.
semoga bermanfaat untuk agan yang bembacanya ... :)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar